Saturday, May 14, 2011

BATU API , APA BEZA ARN DENGKI ???

sebut sahaja BATU API, tentu kita terbayang ertinya iaitu pihak yang telah menyebabkan dua pihak yang lain bermasam muka dan bertengkar. DENGKI ?? DENGKI pula bermaksud perasaan iri hati, cemburu atau tidak puas hati terhadap sesuatu pihak. apakah beza antara batu dan dengki ? mari kita telusuri bersama.

kedua - dua situasi ini kerap berlaku di mana2 sahaja tanpa kita ketahui. dalam kampung, sekolah ataupun di pejabat. perbezaan antara dua sifat ini tidaklah banyak. kita ikuti satu analogi mudah iaitu di dalam sekolah. tamsilnya, pelajar bernama 'A' telah mengadu dombakan dua orang rakan baik yang bernama 'B' dan 'C'. implikasinnya,dua rakan akrab tersebut bergaduh apabila pelajar 'A' memberitahu pelajar 'B' bahawa ptielajar 'C' telah memburukkannya. padahal pelajar 'A' tidak tahu keadaan yang sebenarnya, dia cuma menceritakan perkara yang tersebut tanpa tahu apa yang tersirat. dia tidak tahu pelajar 'C' telah dipaksa oleh seseorang untuk menceritakan semuanya. jadi, inilah yang kita namakan BATU API. orang begini tidak dapat dipercayai kerana dia mungkir janji sendiri. " DIDEPAN SEPERTI MALAIKAT, DIDALAM BISA SEKALI".

selain itu, DENGKI pula boleh terbit dalam diri seseorang kerana cemburu melihat kejayaan yang lain atau sebagainya. senario ini memang ada terjadi di dalam segelintir masyarakat. pantang tengok orang lain senang, mulalah dia cucuk sana, cucuk sini. kita ambil contoh yang senang. ini kisah dua beradik. si abang bernama ali dan si adik bernama maria. anak2 ali semuanya bijak belaka tetapi anak maria semuamya gemar ponteng, suka berpeleseran dan tidak sebijak anak ali. jadi maria DENGKI melihat kejayaan yang diraih oleh anak ali. disebabkan DENGKI, dia menjaja atau mengumpat cerita yang kurang enak didengar mengenai keluarga ali. padahal ali itu abang kandungnya sendiri. ternyata peribahasa ' AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS' ada kekurangannya. adik sendiri sanggup memalukan keluarga abangnya disebabkan DENGKI. itulah manusia.

setelah menelusuri kedua-dua analogi tersebut, ternyata perbezaan antara BATU API dan DENGKI. kedua - dua amplikasinya sama sahaja. iaitu mangsa menjadi malu dan dibenci oleh masyarakat. padahal yang bersalah itu bukan mereka 100%, ada dalang di sebalik senario itu. apabila senario ini berlaku, terjadilah gelagat yang tambah memalukan si mangsa seperti mengejar dan menyindir - nyindir. hal ini akan menambahkan lagi stress yang dihadapi mangsa kedua - dua sifat ini iaitu BATU API dan  DENGKI.

secara holistiknya, dapat kita konklusikan kedua - dua sifat jahil ini memang banyak persamaan. kita amat berharap sifat2 seperti ini dapat dihindarkan demi membina institusi masyarakat harmoni dan berbudaya cemerlang. INGAT !! cuma manusia yang jahil memiliki kedua - dua sifat ini. adakah anda tergolong dalam golongan ini ??? TEPUK DADA TANYALAH SELERA .